Wednesday, 4 January 2012

Warkah 2012- untuk anak-anak ku yang telah bersekolah.

Assalamualaikum w.b.t,
Ibu doakan semoga anak-anak ibu dalam keadaan yang paling sihat dan sentiasa di berkati hidupmu oleh Allah S.W.T.Hari ini adalah hari pertama persekolahan anak-anak ibu yang ibu sayangi dan cintai. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA anak-anak ibu, Nurin dan Nabil dapat bersekolah dengan baik dan gembira. Dalam kegembiraan anak-anak ibu bersekolah, namun jauh di sudut hati ibu ada sedikit kerisauan yang kadang-kadang tersentuh di benak hati ibu. Nurin akan pulang dari sekolah Pra Sekolah pada pukul 11.40 pagi dan akan pergi kesekolah TAJ pada 2 petang. Ibu akan habis berkerja paling awal jam 1.30 petang, ini bermakna Nurin terpaksa di tumpangkan di umah nenek Pah sebelum pergi ke TAJ. Ibu ada minta tolong dengan Pak Ya untuk hantar Nurin ke rumah Nenek Pah habis shj Nurin sekolah di Pra Sekolah. Oleh kerana sekarang Nenek Pah dan Cik Zai sibuk sebab menjaga Cik Gee bersalin (berpantang) dan di rumah mereka ada Mizan. Mizan berumur 1 tahun 9 bulan yang pada usia begitu tengah seronok bermain. Ibu ada berpesan pada Nenek Pah dan Cik Zai supaya suruh Nurin tidur dulu sebelum pergi kesekolah TAJ,malangnya mungkin Nurin seronok bermain dengan Mizan, Nurin tak ingat pun nak tidur. Ibu pun tak bolehkan salahkan sapa-sapa bila Nurin tak nak tidur, maklumlah dalam usia kanak-kanak macam Nurin dan Mizan perasaan ingin bermain itu lebih tinggi. Sebelum hantar pergi ke TAJ, ibu ada pesan kepada Nurin supaya jadi anak yang baik, dengar kata guru, hormat guru dan rakan-rakan. Ibu pesan lagi sekali supaya esok Nurin tidur sebelum pergi ke sekolah TAj.Tapi Nurin beri alasan, Nurin tak nak tidur sebab nak main dengan Mizan. Ibu nasihatkan Nurin lagi, Nurin kena tidur supaya Nurin tak ngantuk kat TAJ nanti. Masa hantar Nurin ke TAj tu pun, Nurin dah nak tertidur dalam kereta. Dalam hati ibu, ibu sangat risau, kalau Nurin tak cukup tidur, nanti boleh mengganggu kesihatan Nurin tapi ibu sentiasa mengaharap supaya anak-anak ibu sentiasa dalam lindungan Allah. Dalam keadaan sebegini, ibu cuba fikirkan positif supaya ada hikmah di sebalik segala kejadian. Ibu mengaharap sangat anak-anak ibu menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.Percayalah anak-anakku sayang, setiap perkara, mestilah bergantung harap dengan Allah S.W.T dan mohon lindungan dariNYa.
Anak ibu Nabil akan habis sekolah jam 12 tgh. Jadi ibu mintak tolong atuk Nasir ambil Nabil dulu. Di rumah atuk Nasir, ibu tak rasa risau sangat dari segi keselamatan sebab atuk sangat mengambil berat dengan keselamatan Nabil dan sangat menyayangi Nabil.Oleh kerana terlalu sayang, kadang atuk Nasir selalu ikut kata Nabil. Balik je sekolah Nabil main basikal, pastu tengok VCD Dora, Mickey Mouse dan Deigo.Ibu pun tak boleh kata apa-apa,maklumlah atuk Nasir selalu menuruti permintaan Nabil. Terus terang ibu katakan bahawa ibu sangat tak suka anak-anak ibu terdedah dengan TV. Banyak keburukan dari kebaikan dengan menonton TV. Pemikiran jadi pasif dan mudah terpengaruh. Ibu cuba berfikiran paling positif dan sentiasa berdoa, bahawa Nabil akan menjadi anak yang soleh dan tidak mudah terpengaruh dengan apa jua anasir-anasir luar yang boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku Nabil. Ibu selalu ingatkan diri ibu, bahawa didikan dan asuhan sentiasa bermula dari rumah. Setiap tindakan dan perangai biasanya di pengaruhi oleh ibu bapa. Tapi malangnya dunia kini, kadang-kadang ibu dan ayah terpaksa meminta pertolongan dari sesiapa yang berdekatan untuk membantu membesarkan Nurin dan Nabil sebab ibu perlu terus bekerja untuk menampung kos kehidupan kita yang semakin meningkat. Tapi ibu percaya dengan semua manusia yang berada di sekeliling anak-anak ibu. Setiap apa yang berlaku kepada anak-anak ibu, ibu anggap ia adalah salah satu pengalaman dan didikan untuk Nurin dan Nabil lebih matang dan bijak untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran yang mendatang. 
Dalam kerisauan dan kegembiraan, ibu tetap rasa bersyukur kerana keluarga kita sentiasa di permudahkan segala urusan. Ada atuk Nasir yang nak tolong ambil Nabil dan jaga Nabil. Ada Pak Ya yang tolong hantar Nurin ke rumah nenek Pah. Ada Nenek Pah dan Cik Zai yang sanggup jaga Nurin dan menyiapkan Nurin kesekolah TAJ (mandikan dan beri makan tengah hari). Bersyukur sangat dengan Allah S.W.T kerana mengurniakan mereka semua untuk sama-sama membesarkan Nurin dan Nabil. Untuk hari yang pertama ini, ibu dan ayah agak kelam kabut sikit, maklumlah masih dalam situasi menyesuaikan diri. Kadang-kadang pagi-pagi macam terkejar-kejar juga. Anak-anak ibu nampakanya bangun awal ( 6 pagi) dan agak mudah untuk di kejutkan serta mandi. Alhamdulillah,harap ianya berterusan. Ayah mandikan anak-anak ibu dan ibu pakaikan baju. Tapi yang tak bestnya, pagi-pagi lagi ayah dah bukakan TV kartun untuk Nurin dan Nabil. Ibu pun tak bolehkan salahkan ayah sebab ibu tak pesan awal-awal dng ayah supaya jangan buka TV. Nurin dengan Nabil boleh bermain puzzle, main lego, main apa sahaja permainan supaya permikiran anak-anak ibu akan menjadi lebih aktif. Pada pandangan ibu, kalau Nurin dan Nabil main apa sahaja permaian yang melibatkan kedua-dua tangan dan semua pancaindera anak-anak ibu, ia akan melahirkan pemikiran yang kreatif. Bila anak-anak ibu rasa seronok bermain dan dapat berfikir secara kreatif, tentu anak-anak ibu akan rasa bersemangat untuk kesekolah. Panjang lebar rasanya ibu menulis. Banyak sebenarnya ibu nak tulis, tapi masa sangat-sangat tidak mengizinkan. Ibu kena selesaikan kerja-kerja sekolah ibu.

Nurin & Nabil,
Ibu sayang sangat Nurin dengan Nabil.
Azam ibu sebenarnya,
Ibu tak nak tinggikan suara dengan Nurin & Nabil,
Ibu nak cakap lemah lembut dengan Nurin & Nabil,
Kalau boleh ibu tak nak pukul Nurin & Nabil pun,
Ibu nak jadi ibu yang paling sabar.
Nurin & Nabil pun jadilah  anak yang baik ye,
Rajin sembahyang,
Rajin mengaji,
Rajin membaca,
Rajin menulis,
Rajin mewarna,
Rajin mengira,
Dengar kata ibu bapa,
Dengar kata cikgu,
Hormat pada cikgu, 
Hormat kawan-kawan,
Cakap dengan lemah lembut,
Jangan tinggi suara,
Rajin tolong cikgu,
Rajin tolong kawan-kawan,
Rajin tolong semua orang ye nak..
Jadi manusia yang sabar,
Kuat semangat,
Jangan sombong, riak dan tinggi diri..
Jadilah anak yang soleh dan solehah ye anak-anak ibu yang ibu sayangi
IBU SAYANG NURIN DENGAN NABIL...

Begitulah kehidupan. Allah sendiri mengingatkan kepada kita bahawa :-

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 6: (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Surah al-Insyirah 5-6)

No comments:

Post a Comment