Friday, 6 January 2012

Harapan ibu:Anak hebat bermula dengan ibu yang hebat

Assalamualaikum,
Harapan ibu, anak-ibu ibu yang  paling ibu sayang  Kakak Nurin dan Nabil berada keadaan paling sihat dan gembira. Kakak Nurin dan Nabil baru je selesai buat aktiviti membina karf ikan menggunakan pinggan sementara menunggu ayah pulang dari masjid solat isyak.Hari ini ibu tulis surat utk anak-anak ibu agak awal sedikit ( jam 10 mlm)sebab malam ni ayah sudi melayan karenah Kakak Nurin dan Nabil untuk belajar dan melayan telatah anak-anak ibu. Kakak Nurin dan Nabil baru lepas membuat aktiviti teropong bulan dan bintang (aktiviti yang hanya boleh dilakukan pd waktu malam). Naik je rumah, jam dah menunjukkan 9.45 mlm. Macam biasa sebelum tidur Kakak Nurin akan mintak buat kerja @ apa shj latihan. Ibu dapat lihat, Kakak Nurin sangat minat belajar. Kesungguhan dan kerajinan Kakak Nurin membuatkan ibu terharu dan bangga. Nabil pun turut bersemangat belajar mcm kakak nurin bila kakak nurin sibuk belajar. Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah S.W.T yang telah di berikan kepada kita sekeluarga.Hari ini, sejak dari petang ibu sibuk membaca satu blog yang sangat memberi sumber inspirasi kepada ibu untuk menjadi ibu yang hebat bagi melahirkan anak-anak hebat yang beriman dan bertakwa.http://timangtinggi.wordpress.com. Blog ni mencerita semangatnya seorang ibu untuk membina dan melihat anaknya berjaya, walaupun anaknya menghidap CP. CP ini secara ringkasnya adalah mengalai kecederaan otak, so keterbatasan anak untuk sesuatu itu terhad. Tapi si ibu sangat percaya dengan kekuasaan Allah, kerana setiap usaha dan doa itu pasti di makbulkan Allah. Ibu mendoakan juga semoga segala usaha si ibu tadi di berkati dan di redhai Allah S.W.T. Tiba-tiba ibu tersentak, ibu di kurniakan anak yang sihat, bijak dan cergas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaannya.Kenapa tidak ibu curahkan segala-galanya untuk anak-anak ibu supaya menjadi anak-anak yang baik dan hebat di dunia dan akhirat. Mulai malam ini,ibu berjanji. ibu akan berusaha menjadi ibu yang solehah, beriman serta hebat untuk membantu mendidik anak-anak ibu menjadi anak-anak yang hebat serta beriman di dunia dan akhirat.Ibu perlu menyusun semula segala perjalanan masa ibu yang agak sibuk. Ibu perlu bijak membahagi masa. Mulai saat ini, ibu akan membina matlamat untuk ibu dan anak-anak ibu. Di bawah ini, ibu ada copy sedikit petikan yang ibu ambil dari blog http://timangtinggi.wordpress.com . Mungkin suatu hari nanti, ia akan membantu sedikit sebanyak perjalanan anak-anak ibu menempuh dugaan dan cabaran hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..

Kadang-kadang …bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih…Dan pelbagai persoalan timbul di benak hati sanubari kita…….
KENAPA AKU DIUJI ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta .”
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui .”
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)
RASA KECEWA ??
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Imran, ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran, ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah, ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……”
(Surah At-Taubah, ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
” Cukuplah Allah bagiku, tidak Ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal .”
(Surah At-Taubah, ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
” …… Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusof, ayat 12)

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah….Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan…..kerana ianya penawar,…..penawar untuk kita………marilah kita kembali kepada Al-Quran…..kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya……..

No comments:

Post a Comment