Sunday, 1 January 2012

Tahun 2012-Utusan untuk anak-anak ku yang akan bersekolah.

Assalamualaikum,
Harapan ibu semoga Nurin & Nabil sihat hendakNYa.Walaupun Nurin & Nabil belum dapat baca surat yg ibu tulis ini tetapi tidak mustahil suatu hari nanti Nurin dan Nabil akan membacanya.Tujuan ibu tulis surat adalah untuk menyatakan harapan dan impian ibu utk anak2 ibu. Hari ini adalah hari pertama tahun 2012. Ibu bercadang nak tulis surat utk anak2 ibu setiap hari. InsyaAllah..supaya anak2 ibu tahu yang ibu sentiasa menyayangi Nurin dan Nabil dengan sepenuh hati ibu.
Tahun 2012, Nurin akan ke Pra Sk Felcra Sungai Ara pada sebelah pagi dan Ke Tadika Agama Johor ( TAJ Felcra Sg Ara), walaupun kalau ikutkan Nurin baru je umur 4 tahun 3 bulan pd Januari 2012 tapi kalau ikut tahun kelahiran  umur Nurin  dah 5 tahun. Ibu risau juga sekiranya Nurin penat maklumlah sebelum ni sekolah hanya di sebelah pagi sahaja ( di Tabika Kemas). Tapi ibu tahu, anak ibu Nurin Nazifa anak yang kuat semangat dan sentiasa rajin belajar. Ibu sentiasa mendoakan semoga Nurin di permudahkan segala urusan untuk menjadi anak yang solehah dan bijak. Ibu ada bawa Nurin pergi sekolah pra semasa pendaftaran dan perjumpaan dengan ibu bapa (26/12/2011). Nurin nampak gembira nak gi sekolah pra. Pembayaran persekolahan untuk pra adalah sebanyak RM 76.50 dan pembayaran untuk Taj RM226. Ibu beritahu Nurin tentang pembayaran tu semua, bukan ibu akan tuntut balik segala pembayaran tetapi sekadar kenangan . Maklumlah pada zaman ibu dulu2 pembayaran hanya sekitar RM 30 shj. Dunia semakin berubah,tak kira dari segi apa pun..Sebab tu lah ibu sentiasa berusaha menjadi ibu yang baik dan berikan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bila dunia semakin berubah,cabaran pun semakin banyak. Harapan ibu semoga segala pendidikan, kasih sayang dan segala-galanya  yang ibu berikan untuk anak-anak ibu mampu membawa anak ibu menjadi anak yang terbaik di dunia dan akhirat.
Untuk anak bujang ibu yang namanya Mohammad Nabil B. Mohd Noor Nazri akan ke sekolah Tadika Kemas Felcra Sungai Ara pada tahun 2012. Umur Nabil pada Januari 2012, ialah 3 tahun 4 bulan. Tak sangka sekejap shj masa berlalu.pejam celik pejam celik anak-anak ibu akan bersekolah. Rasa baru je sambut Nabil bersalin di rumah. Anak ibu yang sorang ni tak menyempat ibu ke hospital dan akhirnya ibu bersalinkan Nabil kat atas sofa di rumah. Syukur Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segala urusan untuk bersalinkan anak-anak ibu. Pembayaran pendaftaran Nabil untuk ke Tadika Kemas telah pun ibu selesaikan awal pada 27/12/2011 iaitu sebanyak RM 70 shj,walaupun sebenarnya pembayaran boleh di buat pada 4 Januari 2012. Tapi ibu sengaja membayar awal untuk memudahkan Nabil bersekolah. Semoga Nabil akan belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh ye sayang. Jangan nakal kat sekolah, hormat guru dan rakan-rakan ye nak..
Untuk anak-anak ibu yang ibu sayangi dan ibu cintai iaitu Nurin dan Nabil,
Harapan ibu semoga Nurin dan Nabil menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ibu sentiasa berdoa semoga anak-anak ibu semoga sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T

"Ya Allah Ya Tuhanku jadikan anak-anak ku Nurin Nazifa Bt Mohd Noor Nazri dan Mohammad Nabil B. Mohammad Noor Nazri  anak-anak yang soleh dan solehah. Yang taat pada perintah mu Ya Allah dan juga taat ibu bapa. Tetapkan di hatinya iman kepada Mu Ya Allah dan juga kepada rasulnya. Tetapkan imannya, sembahyang serta elokkan perangainya serta baikkan akhlak. Jadikan lah anak-anak ku anak yang cerdik dan pandai untuk berbakti kepada agama, bangsa dan agama. Terangkan lah hatinya, bukakanlah mindanya, bagusnya suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis berkat Nabi Muhammad S.A.W. Berikanlah anak-anak ku kesihatan yang baik dan sempurna" 
Amin.....

No comments:

Post a Comment