Assalamualaikum,
Di harap anak-anak ibu dalam keadaan yang paling sihat dan sentiasa di redhai Allah S.W.T. Hari ini hari Ahad 15/1/2012. Ini bermakna sudah 8 hari kaka nurin dan nabil telah pergi kesekolah. PAda hari jumaat kakak nurin telah tidur sehingga tidak pergi kesekolah. Sebenarnya ibu sangat kasihan melihat keadaan kakak pada hari jumaat dan tidak sanggup rasanya memaksa kakak pergi kesekolah lagi. Setiap kali kakak nak pergi sekolah TAJ , kakak nurin akan mengamuk dan selalu meminta supaya akak nurin dapat tidur sebab terlalu mengantuk. Ibu telah pun berbincang dengan ayah tentang perkara ini.Ayah bercadang supaya menangguhkan atau dengan kata lain memberhentikan sekolah TAj akak nurin. Walaubagaimanapun ibu berasa berat hati kalau kakak tidak bersekolah TAJ. Maklumlah di sekolah kakak akan belajar berbagai-bagai perkara. Ibu masih belum memberikan keputusan. Ibu bercadang ingin bertemu dengan guru-guru kakak dan berbincang berkenaan hal ini. Ibu cuba memberikan yang terbaik untuk kakak nurin.
Pada hari esok bermula 16/1 hingga 19/1, ibu dan ayah akan mengambil peperiksaan di UTHM. Nurin akan tinggal dengan nenek pah dan nabil tinggal dengan atuk nasir. Ibu berharap dan berdoa semoga Nurin dan Nabil di permudahkan segala urusan. Ingat pesan ibu supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Buat anak-anak ibu yang ibu sayangi,
Ibu terlalu menyanyangi anak-anak ibu,
Ibu sanggup berbuat apa shj yang terbaik utk kalian,
Ibu nak jadi ibu yang terbaik,
Ibu nak jadi ibu yang soleha,
Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu,
Supaya Nurin dan Nabil menjadi anak-anak yang soleh dan soleha,
Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa di berkati dan di redhai oleh Allah S.W.T
Saturday, 14 January 2012
Friday, 6 January 2012
Harapan ibu:Anak hebat bermula dengan ibu yang hebat
Assalamualaikum,
Harapan ibu, anak-ibu ibu yang paling ibu sayang Kakak Nurin dan Nabil berada keadaan paling sihat dan gembira. Kakak Nurin dan Nabil baru je selesai buat aktiviti membina karf ikan menggunakan pinggan sementara menunggu ayah pulang dari masjid solat isyak.Hari ini ibu tulis surat utk anak-anak ibu agak awal sedikit ( jam 10 mlm)sebab malam ni ayah sudi melayan karenah Kakak Nurin dan Nabil untuk belajar dan melayan telatah anak-anak ibu. Kakak Nurin dan Nabil baru lepas membuat aktiviti teropong bulan dan bintang (aktiviti yang hanya boleh dilakukan pd waktu malam). Naik je rumah, jam dah menunjukkan 9.45 mlm. Macam biasa sebelum tidur Kakak Nurin akan mintak buat kerja @ apa shj latihan. Ibu dapat lihat, Kakak Nurin sangat minat belajar. Kesungguhan dan kerajinan Kakak Nurin membuatkan ibu terharu dan bangga. Nabil pun turut bersemangat belajar mcm kakak nurin bila kakak nurin sibuk belajar. Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah S.W.T yang telah di berikan kepada kita sekeluarga.Hari ini, sejak dari petang ibu sibuk membaca satu blog yang sangat memberi sumber inspirasi kepada ibu untuk menjadi ibu yang hebat bagi melahirkan anak-anak hebat yang beriman dan bertakwa.http://timangtinggi.wordpress.com. Blog ni mencerita semangatnya seorang ibu untuk membina dan melihat anaknya berjaya, walaupun anaknya menghidap CP. CP ini secara ringkasnya adalah mengalai kecederaan otak, so keterbatasan anak untuk sesuatu itu terhad. Tapi si ibu sangat percaya dengan kekuasaan Allah, kerana setiap usaha dan doa itu pasti di makbulkan Allah. Ibu mendoakan juga semoga segala usaha si ibu tadi di berkati dan di redhai Allah S.W.T. Tiba-tiba ibu tersentak, ibu di kurniakan anak yang sihat, bijak dan cergas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaannya.Kenapa tidak ibu curahkan segala-galanya untuk anak-anak ibu supaya menjadi anak-anak yang baik dan hebat di dunia dan akhirat. Mulai malam ini,ibu berjanji. ibu akan berusaha menjadi ibu yang solehah, beriman serta hebat untuk membantu mendidik anak-anak ibu menjadi anak-anak yang hebat serta beriman di dunia dan akhirat.Ibu perlu menyusun semula segala perjalanan masa ibu yang agak sibuk. Ibu perlu bijak membahagi masa. Mulai saat ini, ibu akan membina matlamat untuk ibu dan anak-anak ibu. Di bawah ini, ibu ada copy sedikit petikan yang ibu ambil dari blog http://timangtinggi.wordpress.com . Mungkin suatu hari nanti, ia akan membantu sedikit sebanyak perjalanan anak-anak ibu menempuh dugaan dan cabaran hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..
Kadang-kadang …bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih…Dan pelbagai persoalan timbul di benak hati sanubari kita…….
Harapan ibu, anak-ibu ibu yang paling ibu sayang Kakak Nurin dan Nabil berada keadaan paling sihat dan gembira. Kakak Nurin dan Nabil baru je selesai buat aktiviti membina karf ikan menggunakan pinggan sementara menunggu ayah pulang dari masjid solat isyak.Hari ini ibu tulis surat utk anak-anak ibu agak awal sedikit ( jam 10 mlm)sebab malam ni ayah sudi melayan karenah Kakak Nurin dan Nabil untuk belajar dan melayan telatah anak-anak ibu. Kakak Nurin dan Nabil baru lepas membuat aktiviti teropong bulan dan bintang (aktiviti yang hanya boleh dilakukan pd waktu malam). Naik je rumah, jam dah menunjukkan 9.45 mlm. Macam biasa sebelum tidur Kakak Nurin akan mintak buat kerja @ apa shj latihan. Ibu dapat lihat, Kakak Nurin sangat minat belajar. Kesungguhan dan kerajinan Kakak Nurin membuatkan ibu terharu dan bangga. Nabil pun turut bersemangat belajar mcm kakak nurin bila kakak nurin sibuk belajar. Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah S.W.T yang telah di berikan kepada kita sekeluarga.Hari ini, sejak dari petang ibu sibuk membaca satu blog yang sangat memberi sumber inspirasi kepada ibu untuk menjadi ibu yang hebat bagi melahirkan anak-anak hebat yang beriman dan bertakwa.http://timangtinggi.wordpress.com. Blog ni mencerita semangatnya seorang ibu untuk membina dan melihat anaknya berjaya, walaupun anaknya menghidap CP. CP ini secara ringkasnya adalah mengalai kecederaan otak, so keterbatasan anak untuk sesuatu itu terhad. Tapi si ibu sangat percaya dengan kekuasaan Allah, kerana setiap usaha dan doa itu pasti di makbulkan Allah. Ibu mendoakan juga semoga segala usaha si ibu tadi di berkati dan di redhai Allah S.W.T. Tiba-tiba ibu tersentak, ibu di kurniakan anak yang sihat, bijak dan cergas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaannya.Kenapa tidak ibu curahkan segala-galanya untuk anak-anak ibu supaya menjadi anak-anak yang baik dan hebat di dunia dan akhirat. Mulai malam ini,ibu berjanji. ibu akan berusaha menjadi ibu yang solehah, beriman serta hebat untuk membantu mendidik anak-anak ibu menjadi anak-anak yang hebat serta beriman di dunia dan akhirat.Ibu perlu menyusun semula segala perjalanan masa ibu yang agak sibuk. Ibu perlu bijak membahagi masa. Mulai saat ini, ibu akan membina matlamat untuk ibu dan anak-anak ibu. Di bawah ini, ibu ada copy sedikit petikan yang ibu ambil dari blog http://timangtinggi.wordpress.com . Mungkin suatu hari nanti, ia akan membantu sedikit sebanyak perjalanan anak-anak ibu menempuh dugaan dan cabaran hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..
Kadang-kadang …bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih…Dan pelbagai persoalan timbul di benak hati sanubari kita…….
KENAPA AKU DIUJI ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta .”
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui .”
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)
RASA KECEWA ??
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Imran, ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran, ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah, ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……”
(Surah At-Taubah, ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
” Cukuplah Allah bagiku, tidak Ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal .”
(Surah At-Taubah, ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
” …… Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusof, ayat 12)
Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah….Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan…..kerana ianya penawar,…..penawar untuk kita………marilah kita kembali kepada Al-Quran…..kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya……..
Wednesday, 4 January 2012
Warkah 2012- untuk anak-anak ku yang telah bersekolah.
Assalamualaikum w.b.t,
Ibu doakan semoga anak-anak ibu dalam keadaan yang paling sihat dan sentiasa di berkati hidupmu oleh Allah S.W.T.Hari ini adalah hari pertama persekolahan anak-anak ibu yang ibu sayangi dan cintai. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA anak-anak ibu, Nurin dan Nabil dapat bersekolah dengan baik dan gembira. Dalam kegembiraan anak-anak ibu bersekolah, namun jauh di sudut hati ibu ada sedikit kerisauan yang kadang-kadang tersentuh di benak hati ibu. Nurin akan pulang dari sekolah Pra Sekolah pada pukul 11.40 pagi dan akan pergi kesekolah TAJ pada 2 petang. Ibu akan habis berkerja paling awal jam 1.30 petang, ini bermakna Nurin terpaksa di tumpangkan di umah nenek Pah sebelum pergi ke TAJ. Ibu ada minta tolong dengan Pak Ya untuk hantar Nurin ke rumah Nenek Pah habis shj Nurin sekolah di Pra Sekolah. Oleh kerana sekarang Nenek Pah dan Cik Zai sibuk sebab menjaga Cik Gee bersalin (berpantang) dan di rumah mereka ada Mizan. Mizan berumur 1 tahun 9 bulan yang pada usia begitu tengah seronok bermain. Ibu ada berpesan pada Nenek Pah dan Cik Zai supaya suruh Nurin tidur dulu sebelum pergi kesekolah TAJ,malangnya mungkin Nurin seronok bermain dengan Mizan, Nurin tak ingat pun nak tidur. Ibu pun tak bolehkan salahkan sapa-sapa bila Nurin tak nak tidur, maklumlah dalam usia kanak-kanak macam Nurin dan Mizan perasaan ingin bermain itu lebih tinggi. Sebelum hantar pergi ke TAJ, ibu ada pesan kepada Nurin supaya jadi anak yang baik, dengar kata guru, hormat guru dan rakan-rakan. Ibu pesan lagi sekali supaya esok Nurin tidur sebelum pergi ke sekolah TAj.Tapi Nurin beri alasan, Nurin tak nak tidur sebab nak main dengan Mizan. Ibu nasihatkan Nurin lagi, Nurin kena tidur supaya Nurin tak ngantuk kat TAJ nanti. Masa hantar Nurin ke TAj tu pun, Nurin dah nak tertidur dalam kereta. Dalam hati ibu, ibu sangat risau, kalau Nurin tak cukup tidur, nanti boleh mengganggu kesihatan Nurin tapi ibu sentiasa mengaharap supaya anak-anak ibu sentiasa dalam lindungan Allah. Dalam keadaan sebegini, ibu cuba fikirkan positif supaya ada hikmah di sebalik segala kejadian. Ibu mengaharap sangat anak-anak ibu menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.Percayalah anak-anakku sayang, setiap perkara, mestilah bergantung harap dengan Allah S.W.T dan mohon lindungan dariNYa.
Anak ibu Nabil akan habis sekolah jam 12 tgh. Jadi ibu mintak tolong atuk Nasir ambil Nabil dulu. Di rumah atuk Nasir, ibu tak rasa risau sangat dari segi keselamatan sebab atuk sangat mengambil berat dengan keselamatan Nabil dan sangat menyayangi Nabil.Oleh kerana terlalu sayang, kadang atuk Nasir selalu ikut kata Nabil. Balik je sekolah Nabil main basikal, pastu tengok VCD Dora, Mickey Mouse dan Deigo.Ibu pun tak boleh kata apa-apa,maklumlah atuk Nasir selalu menuruti permintaan Nabil. Terus terang ibu katakan bahawa ibu sangat tak suka anak-anak ibu terdedah dengan TV. Banyak keburukan dari kebaikan dengan menonton TV. Pemikiran jadi pasif dan mudah terpengaruh. Ibu cuba berfikiran paling positif dan sentiasa berdoa, bahawa Nabil akan menjadi anak yang soleh dan tidak mudah terpengaruh dengan apa jua anasir-anasir luar yang boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku Nabil. Ibu selalu ingatkan diri ibu, bahawa didikan dan asuhan sentiasa bermula dari rumah. Setiap tindakan dan perangai biasanya di pengaruhi oleh ibu bapa. Tapi malangnya dunia kini, kadang-kadang ibu dan ayah terpaksa meminta pertolongan dari sesiapa yang berdekatan untuk membantu membesarkan Nurin dan Nabil sebab ibu perlu terus bekerja untuk menampung kos kehidupan kita yang semakin meningkat. Tapi ibu percaya dengan semua manusia yang berada di sekeliling anak-anak ibu. Setiap apa yang berlaku kepada anak-anak ibu, ibu anggap ia adalah salah satu pengalaman dan didikan untuk Nurin dan Nabil lebih matang dan bijak untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran yang mendatang.
Dalam kerisauan dan kegembiraan, ibu tetap rasa bersyukur kerana keluarga kita sentiasa di permudahkan segala urusan. Ada atuk Nasir yang nak tolong ambil Nabil dan jaga Nabil. Ada Pak Ya yang tolong hantar Nurin ke rumah nenek Pah. Ada Nenek Pah dan Cik Zai yang sanggup jaga Nurin dan menyiapkan Nurin kesekolah TAJ (mandikan dan beri makan tengah hari). Bersyukur sangat dengan Allah S.W.T kerana mengurniakan mereka semua untuk sama-sama membesarkan Nurin dan Nabil. Untuk hari yang pertama ini, ibu dan ayah agak kelam kabut sikit, maklumlah masih dalam situasi menyesuaikan diri. Kadang-kadang pagi-pagi macam terkejar-kejar juga. Anak-anak ibu nampakanya bangun awal ( 6 pagi) dan agak mudah untuk di kejutkan serta mandi. Alhamdulillah,harap ianya berterusan. Ayah mandikan anak-anak ibu dan ibu pakaikan baju. Tapi yang tak bestnya, pagi-pagi lagi ayah dah bukakan TV kartun untuk Nurin dan Nabil. Ibu pun tak bolehkan salahkan ayah sebab ibu tak pesan awal-awal dng ayah supaya jangan buka TV. Nurin dengan Nabil boleh bermain puzzle, main lego, main apa sahaja permainan supaya permikiran anak-anak ibu akan menjadi lebih aktif. Pada pandangan ibu, kalau Nurin dan Nabil main apa sahaja permaian yang melibatkan kedua-dua tangan dan semua pancaindera anak-anak ibu, ia akan melahirkan pemikiran yang kreatif. Bila anak-anak ibu rasa seronok bermain dan dapat berfikir secara kreatif, tentu anak-anak ibu akan rasa bersemangat untuk kesekolah. Panjang lebar rasanya ibu menulis. Banyak sebenarnya ibu nak tulis, tapi masa sangat-sangat tidak mengizinkan. Ibu kena selesaikan kerja-kerja sekolah ibu.
Nurin & Nabil,
Ibu sayang sangat Nurin dengan Nabil.
Azam ibu sebenarnya,
Ibu tak nak tinggikan suara dengan Nurin & Nabil,
Ibu nak cakap lemah lembut dengan Nurin & Nabil,
Kalau boleh ibu tak nak pukul Nurin & Nabil pun,
Ibu nak jadi ibu yang paling sabar.
Nurin & Nabil pun jadilah anak yang baik ye,
Rajin sembahyang,
Rajin mengaji,
Rajin membaca,
Rajin menulis,
Rajin mewarna,
Rajin mengira,
Dengar kata ibu bapa,
Dengar kata cikgu,
Hormat pada cikgu,
Hormat kawan-kawan,
Cakap dengan lemah lembut,
Jangan tinggi suara,
Rajin tolong cikgu,
Rajin tolong kawan-kawan,
Rajin tolong semua orang ye nak..
Jadi manusia yang sabar,
Kuat semangat,
Jangan sombong, riak dan tinggi diri..
Jadilah anak yang soleh dan solehah ye anak-anak ibu yang ibu sayangi
IBU SAYANG NURIN DENGAN NABIL...
Begitulah kehidupan. Allah sendiri mengingatkan kepada kita bahawa :-
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 6: (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Surah al-Insyirah 5-6)
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 6: (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Surah al-Insyirah 5-6)
Sunday, 1 January 2012
Tahun 2012-Utusan untuk anak-anak ku yang akan bersekolah.
Assalamualaikum,
Harapan ibu semoga Nurin & Nabil sihat hendakNYa.Walaupun Nurin & Nabil belum dapat baca surat yg ibu tulis ini tetapi tidak mustahil suatu hari nanti Nurin dan Nabil akan membacanya.Tujuan ibu tulis surat adalah untuk menyatakan harapan dan impian ibu utk anak2 ibu. Hari ini adalah hari pertama tahun 2012. Ibu bercadang nak tulis surat utk anak2 ibu setiap hari. InsyaAllah..supaya anak2 ibu tahu yang ibu sentiasa menyayangi Nurin dan Nabil dengan sepenuh hati ibu.
Tahun 2012, Nurin akan ke Pra Sk Felcra Sungai Ara pada sebelah pagi dan Ke Tadika Agama Johor ( TAJ Felcra Sg Ara), walaupun kalau ikutkan Nurin baru je umur 4 tahun 3 bulan pd Januari 2012 tapi kalau ikut tahun kelahiran umur Nurin dah 5 tahun. Ibu risau juga sekiranya Nurin penat maklumlah sebelum ni sekolah hanya di sebelah pagi sahaja ( di Tabika Kemas). Tapi ibu tahu, anak ibu Nurin Nazifa anak yang kuat semangat dan sentiasa rajin belajar. Ibu sentiasa mendoakan semoga Nurin di permudahkan segala urusan untuk menjadi anak yang solehah dan bijak. Ibu ada bawa Nurin pergi sekolah pra semasa pendaftaran dan perjumpaan dengan ibu bapa (26/12/2011). Nurin nampak gembira nak gi sekolah pra. Pembayaran persekolahan untuk pra adalah sebanyak RM 76.50 dan pembayaran untuk Taj RM226. Ibu beritahu Nurin tentang pembayaran tu semua, bukan ibu akan tuntut balik segala pembayaran tetapi sekadar kenangan . Maklumlah pada zaman ibu dulu2 pembayaran hanya sekitar RM 30 shj. Dunia semakin berubah,tak kira dari segi apa pun..Sebab tu lah ibu sentiasa berusaha menjadi ibu yang baik dan berikan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bila dunia semakin berubah,cabaran pun semakin banyak. Harapan ibu semoga segala pendidikan, kasih sayang dan segala-galanya yang ibu berikan untuk anak-anak ibu mampu membawa anak ibu menjadi anak yang terbaik di dunia dan akhirat.
Untuk anak bujang ibu yang namanya Mohammad Nabil B. Mohd Noor Nazri akan ke sekolah Tadika Kemas Felcra Sungai Ara pada tahun 2012. Umur Nabil pada Januari 2012, ialah 3 tahun 4 bulan. Tak sangka sekejap shj masa berlalu.pejam celik pejam celik anak-anak ibu akan bersekolah. Rasa baru je sambut Nabil bersalin di rumah. Anak ibu yang sorang ni tak menyempat ibu ke hospital dan akhirnya ibu bersalinkan Nabil kat atas sofa di rumah. Syukur Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segala urusan untuk bersalinkan anak-anak ibu. Pembayaran pendaftaran Nabil untuk ke Tadika Kemas telah pun ibu selesaikan awal pada 27/12/2011 iaitu sebanyak RM 70 shj,walaupun sebenarnya pembayaran boleh di buat pada 4 Januari 2012. Tapi ibu sengaja membayar awal untuk memudahkan Nabil bersekolah. Semoga Nabil akan belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh ye sayang. Jangan nakal kat sekolah, hormat guru dan rakan-rakan ye nak..
Untuk anak-anak ibu yang ibu sayangi dan ibu cintai iaitu Nurin dan Nabil,
Harapan ibu semoga Nurin dan Nabil menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ibu sentiasa berdoa semoga anak-anak ibu semoga sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T
"Ya Allah Ya Tuhanku jadikan anak-anak ku Nurin Nazifa Bt Mohd Noor Nazri dan Mohammad Nabil B. Mohammad Noor Nazri anak-anak yang soleh dan solehah. Yang taat pada perintah mu Ya Allah dan juga taat ibu bapa. Tetapkan di hatinya iman kepada Mu Ya Allah dan juga kepada rasulnya. Tetapkan imannya, sembahyang serta elokkan perangainya serta baikkan akhlak. Jadikan lah anak-anak ku anak yang cerdik dan pandai untuk berbakti kepada agama, bangsa dan agama. Terangkan lah hatinya, bukakanlah mindanya, bagusnya suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis berkat Nabi Muhammad S.A.W. Berikanlah anak-anak ku kesihatan yang baik dan sempurna"
Amin.....
Subscribe to:
Comments (Atom)