Monday, 7 November 2011

Ya Allah..tolong lah hamba-Mu ini...


 Aku telah mula bangun malam tadi, solat tahajud, solat taubat dan solat sunat hajat. Perkara yang sangat jarang aku lakukan walaupun aku telah meminjam segala nikmat Allah selama 28 tahun. Betapa aku ini insan yang tidak pandai bersyukur. Tika dan saat ini, aku hanya mengharap supaya keteguhan iman dan hidayah yang di berikan tidak akan goyah. Aku sangat2 berharap supaya Allah memberi petunjuk jalan yang lurus. Di tetapkan iman dan sembahyang supaya istiqamah dalam melaksanakan perintahnya. Makbulkan lah doa ku supaya anak2ku menjadi anak2 yang soleh dan solehah. Di bukakan hati anak2ku untuk mudah menghafal Al-Quran. Walaupun sebenarnya kesilapan dari diri aku sendiri yang tidak mendedahkan Kitab suci Al-Quran kepada mereka sejak dari mereka kecil. Sekiranya ini adalah dugaan aku sebagai seorang ibu yang mengharap anaknya dapat membaca, menghafal dan mengkaji Al-Quran, tolonglah hambaMu ini untuk melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh. Sesungguhnya hanya redha dan keberkatan dari Mu Ya Allah yang ku harapkan...

No comments:

Post a Comment