Friday, 4 November 2011

Keazaman dalam mengharap redha-Nya..

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, diriku telah diberi petunjuk dan hidayah untuk berubah.Harapan ku sangat besar supaya diriku istiqamah dalam setiap perubahan yang telah ku buat. Syukur juga kpd Allah S.W.T kerana telah menemukan ku dengan beberapa blog yg benar-benar memberi impak yang besar kepada diri ku.
Kadang-kadang ada beberapa posting yg di tulis oleh penulis sangat menyentuh jiwa dan raga sehingga membuatkan air mata ku mengalir . Tika dan saat ni aku benar2 mengharap aku aku akan bertemu dengan rakan-rakan yang soleh dan solehah untuk memberi bimbingan dan semangat untuk aku mencari sinar dan Nur dari-Nya. Sebenarnya pada awalnya aku hanya mencari ilmu mendidik anak2. Bermula dengan detik itu, aku terjumpa blog yang sangat2 berguna sehingga aku melihat kepada diriku sendiri yang selama ini mengamalkan kehidupan berlandaskan Al-Quran pada tahap yang minimum. Aku sangat mementingkan kepentingan akademik anak2. Aku menjadi taksub untuk mendidik anak2 supaya dapat membaca buku  dengan lancar pada umur 3 tahun. Tapi aku terlupa sepatutnya aku lebih taksub untuk mengajar anak2ku membaca Al-Quran dengan lebih lancar pada peringkat umur yang paling awal. Sehingga saat ini, terbit penyesalan yang sukar untuk aku gambarkan kerana anak2ku hanya baru boleh membaca Iqra' shj ( Nurin 4 tahun- Iqra' 2 dan Nabil 3 tahun- Iqra' 1) walaupun mereka lancar membaca buku cerita dalam umur 3 tahun setengah . Betapa aku adalah seorang ibu yang gagal untuk mendidik amanah Tuhan yang telah di berikan kepada ku. Setelah aku melayari dan membaca pelbagai pendapat dalam mendidik anak2, akhirnya apa yang aku dapat simpulkan ialah dalam mendidik anak2, ibu bapa perlu menjadi role-model terlebih dahulu. Sekiranya nak anak yang pandai membaca Al-Quran, perlu wujudkan suasana Al-Quran seperti ibu bapa sendiri perlu rajin membaca Al-Quran. Pasang CD Al-Quran pada setiap masa supaya ayat-ayat suci Al-Quran itu meresap dalam jiwa mereka. Perlu istiqamah untuk sembahyang berjemaah.Sentiasa berdoa supaya  di permudahkan segala urusan dalam mendidik anak2. Yang paling utama aku perlu bersabar dengan karenah anak2 yang kini agak kurang menunjukkan minat untuk membaca ayat2 Al-Quran seperti dalam Muqaddam. Ini adalah antara cabaran yang paling hebat yang perlu aku lalui kerana aku sendiri mencorakkan mereka sedemikiaan pada peringkat awal kerana lebih mengutamakan penguasaan dalam kelancaran membaca   Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Dengan penuh harapan dan iltizam, aku sangat berharap aku belum terlambat untuk berubah dan mengubah anak2 ku menjadi muslim sejati..."Ya Allah, aku adalah insan yang kerdil dan lemah. Aku benar2 mengharap pertolongan dari-Mu, Ya Allah. Permudahkan lah segala urusanku. Berkati dan rahmati lah segala usaha dalam meneruskan perjuangan ini. Berilah petunjuk dan hidayah kepada diriku dan juga keluargaku".
Pada hari ini, aku memasang azam dan harapan supaya:
  1. Aku dapat menghantar anak2ku kesekolah tahfiz supaya anak2 ku akan menjadi hafiz dan hafizah yang dpt menguasai, memahami dan mengkaji Al-Quran seterusnya menjadi manusia yang berguna untuk bangsa, agama dan negara.
  2. Aku dapat menghafal Al-Quran sebelum aku meninggalkan dunia ini.
  3. Aku dapat mengubah penampilan ke arah muslimah yang sejati terutamanya dari pakaian.
  4. Aku dapat menjadi pendidik yang bukan hanya mengajar matapelajaran Matematik shj tetapi mampu menerapkan nilai-nilai islam semasa pengajaranku.
  5. Aku ingin melahirkan zuriat lagi untuk melahirkan lebih ramai lagi umat Nabi Muhammad yang soleh dan solehah.
  6. Aku ingin berpindah ke satu kawasan yang mengamalkan nilai-nilai islam yang sangat tinggi.
  7. Aku ingin menjadi isteri yang solehah.
Harapan dan azam ku sangat besar, wlaupun nampak mustahil tapi aku yakin dengan kekuasaan Allah yang sedia membantu umatnya yang bersunguh-sunguh. Aku berharap aku tidak tergolong dalam lingkungan yang leka dan lalai. Jauhkan lah diriku dari sikap riak dan takbur dalam mencari nur dari-Nya.


No comments:

Post a Comment