Friday 11 May 2012

Aurat

Assalamualaikum...
Untuk anak-anakku yang tersayang sudah lama rasanya ibu tidak menulis di blog. Ibu lebih banyak membaca dan meneroka blog-blog berkaitan islam dan kekeluargaan orang lain, dengan niat untuk menambah ilmu pengetahuan dan menjadikan mereka sumber inspirasi. Setelah hampir 5 bulan anak-anak ibu melayari kehidupan sebagai pelajar sekolah, banyak pengalaman yang dicedok oleh anak-anak ibu. Besar harapan ibu sekiranya pengalaman dan segala cabaran yang di lalui akan mendewasakan anak-anak ibu supaya menjadi umat islam yang soleh dan solehah. Anak-anak ku, sejak 2 3 minggu ini ibu banyak berfikir tentang kehidupan kita sekeluarga. Ibu inginkan keluarga yang hidup berlandaskan islam kerana islam itu sangat indah. Keluarga kita sangat bahagia, walaubagaimanapun sekiranya nilai-nilai kehidupan islam dapat di terapkan, ibu rasa lebih bersyukur. Sejak hujung tahun lepas ibu sangat berkeinginan untuk memakai tudung labuh, namun kekuatan itu masih belum ada. Sesungguhnya ibu bersyukur kerana diberi hidayah oleh Allah S.W.T untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Selama ini memang ibu menutup aurat tetapi ibu nak menutup aurat dengan lebih sempurna. Islam amat menggalakkan umatnya wasatiah, bersederhana dalam apa jua keadaan. Bagi pendapat ibu fesyen bertudung ada pelbagai di Malaysia ni sehingga bagi pendapat ibu sudah lari dari konsep bersederhana. Walaubagaimanapun anak-anak ibu yang tersayang, tutup lah aurat dengan niat yang betul. Sesungguhnya menutup aurat itu adalah wajib. Ibu ada terbaca satu artikel di dalam blog http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/06/auratmu-aib-yang-wajib-ditutup.html

Semoga menjadi rujukan kepada ibu dan anak-anak ibu yang tersayang...

AURATMU, AIB YANG WAJIB DITUTUP


Kewajipan menutup aurat bagi lelaki dan wanita telah disepakati kewajipannya oleh para ulama.
Namun, setakat  mana yang dinamakan 'aurat', terbuka kepada banyak tafsiran, maka ulama'  berselisih pendapat mengenainya. Perkara yang diperselisihkan ini selagi bersama hujah yang benar daripada tafsiran al-Quran dan al-sunnah sebagaimana manhaj golongan awal, kesemua mereka dalam daerah pahala dan perlu kita hormati.
Mari kita telusuri tentang dalil kewajipan menutup aurat bagi wanita.
Dalil 1: Wajib Bertudung (Khimar) atau Menutupkan Kain Meliputi Kawasan Dada
Firman Allah SWT :               
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : “Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (Surah al-Nur : 31)
Dalil 2: Tutuplah Kecuali Muka dan Tapak Tangan
Hendaklah pakaiannya itu menutup seluruh tubuhnya sehingga tidak terlihat oleh orang lain kecuali wajah dan tapak tangan, sebagaimana pentafsiran Ibnu Abbas yang diiktiraf oleh Rasulullah SAW sebagai pakar tafsir, merujuk firman Allah SWT :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

Ertinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.” (Surah al-Nur : 31).
Al-Qurthubi dalam mentafsirkan ayat di atas mengatakan bahawa ‘yang biasa nampak daripadanya’ adalah wajah dan kedua-dua tapak tangan sebagaimana kebiasaan rutin mahupun ibadah seperti solat dan haji. Walau bagaimanapun apabila dikhuatirkan terjadi fitnah kerana wajah wanita yang terlalu cantik maka lebih baik untuknya mengenakan purdah.
Dalil 3: Wajib Memakai Baju Longgar (Jilbab) yang Menutupi Seluruh Tubuh
Firman Allah SWT bermaksud: “Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang beriman, hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal supaya mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzab: 59).
Berkenaan isu yang mengatakan seorang wanita tidak boleh memakai pakaian sambung (iaitu ada atas dan ada bawah seperti baju kurung) dan mereka hanya diharuskan memakai pakaian terusan (seperti jubah), sebenarnya tiada dalil yang mengatakan sedemikian selagi mana kedua-dua pakaian tersebut memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan syariat terhadap pakaian ‘takwa’ seorang muslimah. Terpulang kepada mereka menentukan fesyen selagi mana kod fesyen itu masih mengikuti syarat-syarat syariah.
Dalil 4: Kisah Asma’ Binti Abu Bakr Dilarang Memakai Pakaian Tipis
Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Aisyah r.ha. bahawa Asma’ binti Abu Bakr pernah mendatangi rumah Nabi SAW (baginda merupakan adik ipar Asma’) dengan mengenakan pakaian tipis yang menampakkan tubuhnya. Lalu Nabi SAW berpaling daripadanya dan berkata, “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita yang telah haid tidak dibolehkan menampakkan bahagian daripada (tubuh)nya kecuali ini dan ini.” Baginda SAW memberikan isyarat kepada wajah dan kedua telapak tangan. Hadis di atas banyak dikuatkan oleh pelbagai hadis sahih lainnya.
Rasulullah SAW telah mengenali Asma’ r.ha sebagai wanita baik tetapi baginda tetap memerintahkannya mengenakan pakaian menutup aurat di hadapan bukan mahram (lelaki yang tidak halal baginya) kerana ia perintah Allah yang tetap dan tidak berubah kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga tentang isteri Usamah bin Zaid.
Dalil 5: Larangan Memakai Pakaian Berbayang atau Nipis
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad bahawa Nabi SAW menghadiahkan Usamah bin Zaid sehelai pakaian (yang berasal) dari Mesir. Lalu Usamah memberikannya kepada isterinya dan Nabi SAW berkata kepadanya, “Perintahkan isterimu untuk mengenakan pakaian dalam pada bahagian bawahnya. Sesungguhnya aku mengkhuatirkan nampak bentuk-bentuk tulangnya.”
Pakaian yang dimaksudkan Nabi hendaklah tidak mengundang fitnah, seperti tidak tipis sehingga menampakkan bayangan tubuhnya atau tidak pula ketat sehingga membentuk lekuk, alur dan lurah pada bahagian tubuhnya.


Saturday 14 January 2012

Surat untuk anak ibu yang tersayang-IBU RISAU KAKAK NURIN

Assalamualaikum,

Di harap anak-anak ibu dalam keadaan yang paling sihat dan sentiasa di redhai Allah S.W.T. Hari ini hari Ahad 15/1/2012. Ini bermakna sudah 8 hari kaka nurin dan nabil telah pergi kesekolah. PAda hari jumaat kakak nurin telah tidur sehingga tidak pergi kesekolah. Sebenarnya ibu sangat kasihan melihat keadaan kakak pada hari jumaat dan tidak sanggup rasanya memaksa kakak pergi kesekolah lagi. Setiap kali kakak nak pergi sekolah TAJ , kakak nurin akan mengamuk dan selalu meminta supaya akak nurin dapat tidur sebab terlalu mengantuk. Ibu telah pun berbincang dengan ayah tentang perkara ini.Ayah bercadang supaya menangguhkan atau dengan kata lain memberhentikan sekolah TAj akak nurin. Walaubagaimanapun ibu berasa berat hati kalau kakak tidak bersekolah TAJ. Maklumlah di sekolah kakak akan belajar berbagai-bagai perkara. Ibu masih belum memberikan keputusan. Ibu bercadang ingin bertemu dengan guru-guru kakak dan berbincang berkenaan hal ini. Ibu cuba memberikan yang terbaik untuk kakak nurin.

Pada hari esok bermula 16/1 hingga 19/1, ibu dan ayah akan mengambil peperiksaan di UTHM. Nurin akan tinggal dengan nenek pah dan nabil tinggal dengan atuk nasir. Ibu berharap dan berdoa semoga Nurin dan Nabil di permudahkan segala urusan. Ingat pesan ibu supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.

Buat anak-anak ibu yang ibu sayangi,
Ibu terlalu menyanyangi anak-anak ibu,
Ibu sanggup berbuat apa shj yang terbaik utk kalian,
Ibu nak jadi ibu yang terbaik,
Ibu nak jadi ibu yang soleha,
Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anak ibu,
Supaya Nurin dan Nabil menjadi anak-anak yang soleh dan soleha,
Semoga kehidupan kita sekeluarga sentiasa di berkati dan di redhai oleh Allah S.W.T

Friday 6 January 2012

Harapan ibu:Anak hebat bermula dengan ibu yang hebat

Assalamualaikum,
Harapan ibu, anak-ibu ibu yang  paling ibu sayang  Kakak Nurin dan Nabil berada keadaan paling sihat dan gembira. Kakak Nurin dan Nabil baru je selesai buat aktiviti membina karf ikan menggunakan pinggan sementara menunggu ayah pulang dari masjid solat isyak.Hari ini ibu tulis surat utk anak-anak ibu agak awal sedikit ( jam 10 mlm)sebab malam ni ayah sudi melayan karenah Kakak Nurin dan Nabil untuk belajar dan melayan telatah anak-anak ibu. Kakak Nurin dan Nabil baru lepas membuat aktiviti teropong bulan dan bintang (aktiviti yang hanya boleh dilakukan pd waktu malam). Naik je rumah, jam dah menunjukkan 9.45 mlm. Macam biasa sebelum tidur Kakak Nurin akan mintak buat kerja @ apa shj latihan. Ibu dapat lihat, Kakak Nurin sangat minat belajar. Kesungguhan dan kerajinan Kakak Nurin membuatkan ibu terharu dan bangga. Nabil pun turut bersemangat belajar mcm kakak nurin bila kakak nurin sibuk belajar. Alhamdulillah..syukur atas rahmat Allah S.W.T yang telah di berikan kepada kita sekeluarga.Hari ini, sejak dari petang ibu sibuk membaca satu blog yang sangat memberi sumber inspirasi kepada ibu untuk menjadi ibu yang hebat bagi melahirkan anak-anak hebat yang beriman dan bertakwa.http://timangtinggi.wordpress.com. Blog ni mencerita semangatnya seorang ibu untuk membina dan melihat anaknya berjaya, walaupun anaknya menghidap CP. CP ini secara ringkasnya adalah mengalai kecederaan otak, so keterbatasan anak untuk sesuatu itu terhad. Tapi si ibu sangat percaya dengan kekuasaan Allah, kerana setiap usaha dan doa itu pasti di makbulkan Allah. Ibu mendoakan juga semoga segala usaha si ibu tadi di berkati dan di redhai Allah S.W.T. Tiba-tiba ibu tersentak, ibu di kurniakan anak yang sihat, bijak dan cergas. Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T diatas kurniaannya.Kenapa tidak ibu curahkan segala-galanya untuk anak-anak ibu supaya menjadi anak-anak yang baik dan hebat di dunia dan akhirat. Mulai malam ini,ibu berjanji. ibu akan berusaha menjadi ibu yang solehah, beriman serta hebat untuk membantu mendidik anak-anak ibu menjadi anak-anak yang hebat serta beriman di dunia dan akhirat.Ibu perlu menyusun semula segala perjalanan masa ibu yang agak sibuk. Ibu perlu bijak membahagi masa. Mulai saat ini, ibu akan membina matlamat untuk ibu dan anak-anak ibu. Di bawah ini, ibu ada copy sedikit petikan yang ibu ambil dari blog http://timangtinggi.wordpress.com . Mungkin suatu hari nanti, ia akan membantu sedikit sebanyak perjalanan anak-anak ibu menempuh dugaan dan cabaran hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..

Kadang-kadang …bilamana kita dilanda pelbagai ujian dan dugaan hati ini selalu sahaja merintih…Dan pelbagai persoalan timbul di benak hati sanubari kita…….
KENAPA AKU DIUJI ?
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan ;” Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji ? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka ,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta .”
(Surah Al-Ankabut, ayat 2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui .”
(Surah Al-Baqarah, ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah, ayat 286)
RASA KECEWA ??
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Al-Imran, ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
“ Wahai orang-orang yang beriman ! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
(Surah Al-Imran, ayat 200)
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah, ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??
” Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka……”
(Surah At-Taubah, ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?
” Cukuplah Allah bagiku, tidak Ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal .”
(Surah At-Taubah, ayat 129)
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!
” …… Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”
(Surah Yusof, ayat 12)

Semoga segala persoalan dan rintihan yang melanda jiwa dan sanubari kita terubat dengan janji-janji Allah….Sesungguhnya kepada kitab suci Al-Quran lah tempat kita merujuk segala permasalahan…..kerana ianya penawar,…..penawar untuk kita………marilah kita kembali kepada Al-Quran…..kembali mengamalkan ajaran yang terkandung sepenuhnya……..

Wednesday 4 January 2012

Warkah 2012- untuk anak-anak ku yang telah bersekolah.

Assalamualaikum w.b.t,
Ibu doakan semoga anak-anak ibu dalam keadaan yang paling sihat dan sentiasa di berkati hidupmu oleh Allah S.W.T.Hari ini adalah hari pertama persekolahan anak-anak ibu yang ibu sayangi dan cintai. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA anak-anak ibu, Nurin dan Nabil dapat bersekolah dengan baik dan gembira. Dalam kegembiraan anak-anak ibu bersekolah, namun jauh di sudut hati ibu ada sedikit kerisauan yang kadang-kadang tersentuh di benak hati ibu. Nurin akan pulang dari sekolah Pra Sekolah pada pukul 11.40 pagi dan akan pergi kesekolah TAJ pada 2 petang. Ibu akan habis berkerja paling awal jam 1.30 petang, ini bermakna Nurin terpaksa di tumpangkan di umah nenek Pah sebelum pergi ke TAJ. Ibu ada minta tolong dengan Pak Ya untuk hantar Nurin ke rumah Nenek Pah habis shj Nurin sekolah di Pra Sekolah. Oleh kerana sekarang Nenek Pah dan Cik Zai sibuk sebab menjaga Cik Gee bersalin (berpantang) dan di rumah mereka ada Mizan. Mizan berumur 1 tahun 9 bulan yang pada usia begitu tengah seronok bermain. Ibu ada berpesan pada Nenek Pah dan Cik Zai supaya suruh Nurin tidur dulu sebelum pergi kesekolah TAJ,malangnya mungkin Nurin seronok bermain dengan Mizan, Nurin tak ingat pun nak tidur. Ibu pun tak bolehkan salahkan sapa-sapa bila Nurin tak nak tidur, maklumlah dalam usia kanak-kanak macam Nurin dan Mizan perasaan ingin bermain itu lebih tinggi. Sebelum hantar pergi ke TAJ, ibu ada pesan kepada Nurin supaya jadi anak yang baik, dengar kata guru, hormat guru dan rakan-rakan. Ibu pesan lagi sekali supaya esok Nurin tidur sebelum pergi ke sekolah TAj.Tapi Nurin beri alasan, Nurin tak nak tidur sebab nak main dengan Mizan. Ibu nasihatkan Nurin lagi, Nurin kena tidur supaya Nurin tak ngantuk kat TAJ nanti. Masa hantar Nurin ke TAj tu pun, Nurin dah nak tertidur dalam kereta. Dalam hati ibu, ibu sangat risau, kalau Nurin tak cukup tidur, nanti boleh mengganggu kesihatan Nurin tapi ibu sentiasa mengaharap supaya anak-anak ibu sentiasa dalam lindungan Allah. Dalam keadaan sebegini, ibu cuba fikirkan positif supaya ada hikmah di sebalik segala kejadian. Ibu mengaharap sangat anak-anak ibu menjadi hamba Allah yang sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T.Percayalah anak-anakku sayang, setiap perkara, mestilah bergantung harap dengan Allah S.W.T dan mohon lindungan dariNYa.
Anak ibu Nabil akan habis sekolah jam 12 tgh. Jadi ibu mintak tolong atuk Nasir ambil Nabil dulu. Di rumah atuk Nasir, ibu tak rasa risau sangat dari segi keselamatan sebab atuk sangat mengambil berat dengan keselamatan Nabil dan sangat menyayangi Nabil.Oleh kerana terlalu sayang, kadang atuk Nasir selalu ikut kata Nabil. Balik je sekolah Nabil main basikal, pastu tengok VCD Dora, Mickey Mouse dan Deigo.Ibu pun tak boleh kata apa-apa,maklumlah atuk Nasir selalu menuruti permintaan Nabil. Terus terang ibu katakan bahawa ibu sangat tak suka anak-anak ibu terdedah dengan TV. Banyak keburukan dari kebaikan dengan menonton TV. Pemikiran jadi pasif dan mudah terpengaruh. Ibu cuba berfikiran paling positif dan sentiasa berdoa, bahawa Nabil akan menjadi anak yang soleh dan tidak mudah terpengaruh dengan apa jua anasir-anasir luar yang boleh mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku Nabil. Ibu selalu ingatkan diri ibu, bahawa didikan dan asuhan sentiasa bermula dari rumah. Setiap tindakan dan perangai biasanya di pengaruhi oleh ibu bapa. Tapi malangnya dunia kini, kadang-kadang ibu dan ayah terpaksa meminta pertolongan dari sesiapa yang berdekatan untuk membantu membesarkan Nurin dan Nabil sebab ibu perlu terus bekerja untuk menampung kos kehidupan kita yang semakin meningkat. Tapi ibu percaya dengan semua manusia yang berada di sekeliling anak-anak ibu. Setiap apa yang berlaku kepada anak-anak ibu, ibu anggap ia adalah salah satu pengalaman dan didikan untuk Nurin dan Nabil lebih matang dan bijak untuk menghadapi sebarang dugaan dan cabaran yang mendatang. 
Dalam kerisauan dan kegembiraan, ibu tetap rasa bersyukur kerana keluarga kita sentiasa di permudahkan segala urusan. Ada atuk Nasir yang nak tolong ambil Nabil dan jaga Nabil. Ada Pak Ya yang tolong hantar Nurin ke rumah nenek Pah. Ada Nenek Pah dan Cik Zai yang sanggup jaga Nurin dan menyiapkan Nurin kesekolah TAJ (mandikan dan beri makan tengah hari). Bersyukur sangat dengan Allah S.W.T kerana mengurniakan mereka semua untuk sama-sama membesarkan Nurin dan Nabil. Untuk hari yang pertama ini, ibu dan ayah agak kelam kabut sikit, maklumlah masih dalam situasi menyesuaikan diri. Kadang-kadang pagi-pagi macam terkejar-kejar juga. Anak-anak ibu nampakanya bangun awal ( 6 pagi) dan agak mudah untuk di kejutkan serta mandi. Alhamdulillah,harap ianya berterusan. Ayah mandikan anak-anak ibu dan ibu pakaikan baju. Tapi yang tak bestnya, pagi-pagi lagi ayah dah bukakan TV kartun untuk Nurin dan Nabil. Ibu pun tak bolehkan salahkan ayah sebab ibu tak pesan awal-awal dng ayah supaya jangan buka TV. Nurin dengan Nabil boleh bermain puzzle, main lego, main apa sahaja permainan supaya permikiran anak-anak ibu akan menjadi lebih aktif. Pada pandangan ibu, kalau Nurin dan Nabil main apa sahaja permaian yang melibatkan kedua-dua tangan dan semua pancaindera anak-anak ibu, ia akan melahirkan pemikiran yang kreatif. Bila anak-anak ibu rasa seronok bermain dan dapat berfikir secara kreatif, tentu anak-anak ibu akan rasa bersemangat untuk kesekolah. Panjang lebar rasanya ibu menulis. Banyak sebenarnya ibu nak tulis, tapi masa sangat-sangat tidak mengizinkan. Ibu kena selesaikan kerja-kerja sekolah ibu.

Nurin & Nabil,
Ibu sayang sangat Nurin dengan Nabil.
Azam ibu sebenarnya,
Ibu tak nak tinggikan suara dengan Nurin & Nabil,
Ibu nak cakap lemah lembut dengan Nurin & Nabil,
Kalau boleh ibu tak nak pukul Nurin & Nabil pun,
Ibu nak jadi ibu yang paling sabar.
Nurin & Nabil pun jadilah  anak yang baik ye,
Rajin sembahyang,
Rajin mengaji,
Rajin membaca,
Rajin menulis,
Rajin mewarna,
Rajin mengira,
Dengar kata ibu bapa,
Dengar kata cikgu,
Hormat pada cikgu, 
Hormat kawan-kawan,
Cakap dengan lemah lembut,
Jangan tinggi suara,
Rajin tolong cikgu,
Rajin tolong kawan-kawan,
Rajin tolong semua orang ye nak..
Jadi manusia yang sabar,
Kuat semangat,
Jangan sombong, riak dan tinggi diri..
Jadilah anak yang soleh dan solehah ye anak-anak ibu yang ibu sayangi
IBU SAYANG NURIN DENGAN NABIL...

Begitulah kehidupan. Allah sendiri mengingatkan kepada kita bahawa :-

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan 6: (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (Surah al-Insyirah 5-6)

Sunday 1 January 2012

Tahun 2012-Utusan untuk anak-anak ku yang akan bersekolah.

Assalamualaikum,
Harapan ibu semoga Nurin & Nabil sihat hendakNYa.Walaupun Nurin & Nabil belum dapat baca surat yg ibu tulis ini tetapi tidak mustahil suatu hari nanti Nurin dan Nabil akan membacanya.Tujuan ibu tulis surat adalah untuk menyatakan harapan dan impian ibu utk anak2 ibu. Hari ini adalah hari pertama tahun 2012. Ibu bercadang nak tulis surat utk anak2 ibu setiap hari. InsyaAllah..supaya anak2 ibu tahu yang ibu sentiasa menyayangi Nurin dan Nabil dengan sepenuh hati ibu.
Tahun 2012, Nurin akan ke Pra Sk Felcra Sungai Ara pada sebelah pagi dan Ke Tadika Agama Johor ( TAJ Felcra Sg Ara), walaupun kalau ikutkan Nurin baru je umur 4 tahun 3 bulan pd Januari 2012 tapi kalau ikut tahun kelahiran  umur Nurin  dah 5 tahun. Ibu risau juga sekiranya Nurin penat maklumlah sebelum ni sekolah hanya di sebelah pagi sahaja ( di Tabika Kemas). Tapi ibu tahu, anak ibu Nurin Nazifa anak yang kuat semangat dan sentiasa rajin belajar. Ibu sentiasa mendoakan semoga Nurin di permudahkan segala urusan untuk menjadi anak yang solehah dan bijak. Ibu ada bawa Nurin pergi sekolah pra semasa pendaftaran dan perjumpaan dengan ibu bapa (26/12/2011). Nurin nampak gembira nak gi sekolah pra. Pembayaran persekolahan untuk pra adalah sebanyak RM 76.50 dan pembayaran untuk Taj RM226. Ibu beritahu Nurin tentang pembayaran tu semua, bukan ibu akan tuntut balik segala pembayaran tetapi sekadar kenangan . Maklumlah pada zaman ibu dulu2 pembayaran hanya sekitar RM 30 shj. Dunia semakin berubah,tak kira dari segi apa pun..Sebab tu lah ibu sentiasa berusaha menjadi ibu yang baik dan berikan yang terbaik untuk anak-anak ibu. Bila dunia semakin berubah,cabaran pun semakin banyak. Harapan ibu semoga segala pendidikan, kasih sayang dan segala-galanya  yang ibu berikan untuk anak-anak ibu mampu membawa anak ibu menjadi anak yang terbaik di dunia dan akhirat.
Untuk anak bujang ibu yang namanya Mohammad Nabil B. Mohd Noor Nazri akan ke sekolah Tadika Kemas Felcra Sungai Ara pada tahun 2012. Umur Nabil pada Januari 2012, ialah 3 tahun 4 bulan. Tak sangka sekejap shj masa berlalu.pejam celik pejam celik anak-anak ibu akan bersekolah. Rasa baru je sambut Nabil bersalin di rumah. Anak ibu yang sorang ni tak menyempat ibu ke hospital dan akhirnya ibu bersalinkan Nabil kat atas sofa di rumah. Syukur Alhamdulillah sebab Allah permudahkan segala urusan untuk bersalinkan anak-anak ibu. Pembayaran pendaftaran Nabil untuk ke Tadika Kemas telah pun ibu selesaikan awal pada 27/12/2011 iaitu sebanyak RM 70 shj,walaupun sebenarnya pembayaran boleh di buat pada 4 Januari 2012. Tapi ibu sengaja membayar awal untuk memudahkan Nabil bersekolah. Semoga Nabil akan belajar rajin-rajin dan bersungguh-sungguh ye sayang. Jangan nakal kat sekolah, hormat guru dan rakan-rakan ye nak..
Untuk anak-anak ibu yang ibu sayangi dan ibu cintai iaitu Nurin dan Nabil,
Harapan ibu semoga Nurin dan Nabil menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Ibu sentiasa berdoa semoga anak-anak ibu semoga sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T

"Ya Allah Ya Tuhanku jadikan anak-anak ku Nurin Nazifa Bt Mohd Noor Nazri dan Mohammad Nabil B. Mohammad Noor Nazri  anak-anak yang soleh dan solehah. Yang taat pada perintah mu Ya Allah dan juga taat ibu bapa. Tetapkan di hatinya iman kepada Mu Ya Allah dan juga kepada rasulnya. Tetapkan imannya, sembahyang serta elokkan perangainya serta baikkan akhlak. Jadikan lah anak-anak ku anak yang cerdik dan pandai untuk berbakti kepada agama, bangsa dan agama. Terangkan lah hatinya, bukakanlah mindanya, bagusnya suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis berkat Nabi Muhammad S.A.W. Berikanlah anak-anak ku kesihatan yang baik dan sempurna" 
Amin.....

Thursday 10 November 2011

Manfaat membaca Al-Quran dalam kehidupan.

Sebagai wahyu yang Allah turunkan kepada nabi-Nya, tentu al-Qur'an memiliki keutamaan dan keistimewaan tersendiri bagi para pembaca dan penggemarnya. Ayat-ayat al-qur'an yang kita baca sehari-sehari tidak lepas dari karunia Allah untuk setiap muslim yang demikian besar. Karena saking istimewanya al-Qur'an ini dari kitab-kitab samawi lainnya, Allah memberikan tempat istimewa bagi para pecintanya.

           Oleh karena bagi anda yang ingin memaksimalkan peran al-Qur'an dalam kehidupan, nampaknya harus lebih banyak lagi mengetahui manfaat dan perannya, terutama untuk kehidupan. Di antara manfaat itu adalah:
1. Ayat-ayat al-Qur'an yang dibaca setiap hari akan memberikan motivasi dan penyemangat bagi si pembacanya.
2. Ketika membaca al-Qur'an, Allah akan menegur diri kita pada setiap ayat-ayat-Nya.
3. Bacaan al-Qur'an yang melibatkan emosi akan memberikan kedamaian dan ketenangan yang tidak bisa dilukiskan, seperti yang dialami dan dirasakan oleh Sayyid Quthb Rahimahullah.
4. Orang yang membaca al-Qur'an akan senantiasa ingat Allah dan kembali kepada-Nya.
5. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kecukupan dan nikmat Allah meski ia merasakan serba kurang di dunia.
6. Ayat-ayat Alloh akan menjadi penjaganya selama ia hidup di dunia, karena ia telah menjaga ayat-ayat-Nya.
7. Orang yang paham al-Qur'an adalah orang yang memiliki banyak ilmu.
8. Orang yang membaca al-Qur'an bagaikan orang yang sedang menyelami samudera kehidupan, dan mengambil manfaat darinya.
9. Orang yang selalu akrab dengan ayat-ayat akan diberikan jiwa yang sejuk, hati yang damai dan pikiran yang jernih, sehingga membuatnya ingin selalu beramal, kreatif, inovatif dan produktif.
10. Orang yang membaca al-Qur'an akan selalu berada dalam kegembiraan dan penuh harapan, di saat orang lain merasakan kesedihan, kecemasan dan rasa pesimis. Karena diri mereka selalu dipompa dengan siraman ayat-ayat-Nya yang lembut.
11. Orang yang rajin membaca al-Qur'an akan selalu diberikan jalan kemudahan dan petunjuk sehingga tidak mudah untuk menyimpang dan menyerah karena ayat-ayat Allah akan selalu mengingatkan dirinya ketika dirinya 'tersandung dosa dan maksiat.'
12. Orang yang membaca dan menjaga al-Qur'an selalu berada dalam lindungan dan penjagaan Allah.
Ayat-ayat al-Qur'an mengajak pembacanya untuk senantiasa berpikir, merenung dan beramal sebanyak-banyaknya.

Dan masih banyak manfaat-manfaat lainnya yang terus update dengan kondisi kehidupan kita...Semoga kita termasuk orang-orang yang selalu belajar dan meningkatkan diri untuk lebih dekat lagi dengan al-Qur'an...Amiin
wallahu a'lam 

(Poin-poin di atas ditulis berdasarkan pengalaman pribadi selama 16 tahun hidup bersama al-Qur'an)


Salah satu cara menghafal Al-Quran

Segala pujian hanya milik Allah, shalawat dan salam semoga terlimpahkan kepada Nabi kita MuhammadKeistimewaan metode ini adalah seseorang akan memperoleh kekuatan dan kemapanan hafalan serta dia akan cepat dalam menghafal sehingga dalam waktu yang singkat dia akan segera mengkhatamkan Al-Quran. Berikut kami akan paparkan metodenya beserta pencontohan dalam menghafal surah Al-Jumuah:, kepada keluarganya, dan para sahabat seluruhnya.
1. Bacalah ayat pertama sebanyak 20 kali.
2. Bacalah ayat kedua sebanyak 20 kali.
3. Bacalah ayat ketiga sebanyak 20 kali.
4. Bacalah ayat keempat sebanyak 20 kali
5. Keempat ayat di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
6. Bacalah ayat kelima sebanyak 20 kali.
7. Bacalah ayat keenam sebanyak 20 kali.
8. Bacalah ayat ketujuh sebanyak 20 kali.
9. Bacalah ayat kedelapan sebanyak 20 kali.
10. Keempat ayat (ayat 5-8) di atas dari awal hingga akhir digabungkan dan dibaca ulang sebanyak 20 kali.
11. Bacalah ayat pertama hingga ayat ke 8 sebanyak 20 kali untuk memantapkan hafalannya.
Demikian seterusnya pada setiap surah hingga selesai menghafal seluruh surah dalam Al-Quran. Jangan sampai kamu menghafal dalam sehari lebih dari seperdelapan juz, karena itu akan menyebabkan hafalanmu bertambah berat sehingga kamu tidak bisa menghafalnya.
JIKA AKU INGIN MENAMBAH HAFALAN PADA HARI BERIKUTNYA, BAGAIMANA CARANYA?
Jika kamu ingin menambah hafalan baru (halaman selanjutnya) pada hari berikutnya, maka sebelum kamu menambah dengan hafalan baru dengan metode yang aku sebutkan di atas, maka anda harusmembaca hafalan lama (halaman sebelumnya) dari ayat pertama hingga ayat terakhir (muraja’ah) sebanyak 20 kali agar hafalan ayat-ayat sebelumnya tetap kokoh dan kuat dalam ingatanmu. Kemudian setelah mengulangi (muraja’ah) maka baru kamu bisa memulai hafalan baru dengan metode yang aku sebutkan di atas.
BAGAIMANA CARANYA AKU MENGGABUNGKAN ANTARA MENGULANG (MURAJA’AH) DENGAN MENAMBAH HAFALAN BARU?
Jangan sekali-kali kamu menambah hafalan Al-Qur`an tanpa mengulang hafalan yang sudah ada sebelumya. Hal itu karena jika kamu hanya terus-menerus melanjutkan menghafal Al-Qur’an hingga khatam tapi tanpa mengulanginya terlebih dahulu, lantas setelah khatam kamu baru mau mengulanginyadari awal, maka secara tidak disadari kamu telah banyak kehilangan hafalan yang pernah dihafal. Oleh karena itu metode yang paling tepat dalam menghafal adalah dengan menggabungkan antara murajaah (mengulang) dan menambah hafalan baru. Bagilah isi Al-Qur`an menjadi tiga bagian,yang mana satu bagian berisi 10 juz. Jika dalam sehari kamu telah menghafal satu halaman maka ulangilah dalam sehari empat halaman yang telah dihafal sebelumnya hingga kamu menyelesaikan 10 juz. Jika kamu telah berhasil menyelesaikan 10 juz maka berhentilah menghafal selama satu bulan penuh dan isi dengan mengulang apa yang telah dihafal, dengan cara setiap
 hari kamu mengulangi (meraja’ah) sebanyak 8 halaman.
Setelah selesai satu bulan kamu mengulangi hafalan, sekarang mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa menyelesaikan hafalan 20 juz. Jika kamu telah menghafal 20 juz maka berhentilah menghafal selama 2 bulan untuk mengulangi hafalan 20 juz, dimana setiap hari kamu harus mengulang (meraja’ah) sebanyak 8 halaman. Jika sudah mengulang selama dua bulan, maka mulailah kembali dengan menghafal hafalan baru sebanyak satu atau dua lembar tergantung kemampuan, sambil kamu mengulangi setiap harinya 8 halaman hingga kamu bisa menyelesaikan seluruh Al-Qur’an.
Jika anda telah selesai menghafal semua isi Al-Qur`an, maka ulangilah 10 juz pertama secara tersendiri selama satu bulan, dimana setiap harinya kamu mengulang setengah juz. Kemudian pindahlah ke 10 juz berikutnya, juga diulang setengah juz ditambah 8 halaman dari sepuluh juz pertama setiap harinya. Kemudian pindahlah untuk mengulang 10 juz terakhir dari Al-Qur`an selama sebulan, dimana setiap harinya mengulang setengah juz ditambah 8 halaman dari 10 juz pertama dan 8 halaman dari 10 juz kedua.
BAGAIMANA CARA MERAJA’AH AL-QURAN (30 JUZ) SETELAH AKU MENYELESAIKAN METODE MURAJA’AH DI ATAS?
Mulailah mengulangi Al-Qur’an secara keseluruhan dengan cara setiap harinya mengulang 2 juz, dengan mengulanginya 3 kali dalam sehari. Dengan demikian maka kamu akan bisa mengkhatamkan Al-Qur’an sekali setiap dua minggu.
Dengan metode seperti ini maka dalam jangka satu tahun (insya Allah) kamu telah mutqin (kokoh) dalam menghafal Al-Qur’an, dan lakukanlah cara ini selama satu tahun penuh.
APA YANG AKU LAKUKAN SETELAH MENGHAFAL AL-QUR’AN SELAMA SATU TAHUN?
Setelah menguasai hafalan dan mengulangInya dengan itqan (mantap) selama satu tahun, hendaknya bacaan Al-Qur’an yang kamu baca setiap hari hingga akhir hayatmu adalah bacaan yang dilakukan oleh Nabi -shallallahu alaihi wasallam- semasa hidup beliau. Beliau membagi isi Al-Qur`an menjadi tujuh bagian (dimana setiap harinya beliau membaca satu bagian tersebut), sehingga beliau mengkhatamkan Al-Qur’an sekali dalam sepekan.
Aus bin Huzaifah -rahimahullah- berkata: Aku bertanya kepada para sahabat Rasulullah -shallallahu alaihi wasallam-, “Bagaimana caranya kalian membagi Al-Qur`an untuk dibaca setiap hari?” Mereka menjawab:
نُحَزِّبُهُ ثَلَاثَ سُوَرٍ وَخَمْسَ سُوَرٍ وَسَبْعَ سُوَرٍ وَتِسْعَ سُوَرٍ وَإِحْدَى عَشْرَةَ سُورَةً وَثَلَاثَ عَشْرَةَ سُورَةً وَحِزْبَ الْمُفَصَّلِ مِنْ قَافْ حَتَّى يُخْتَمَ
“Kami membaginya menjadi (tujuh bagian yakni): Tiga surat, lima surat, tujuh surat, sembilan surat, sebelas surat, tiga belas surat, dan hizb al-mufashshal yaitu dari surat Qaf sampai akhir (mushaf).” (HR. Ahmad no. 15578).
Maksudnya:
-Hari pertama: Mereka membaca surat “al-fatihah” hingga akhir surat “an-nisa`”.
-Hari kedua: Dari surat “al-maidah” hingga akhir surat “at-taubah”.
-Hari ketiga: Dari surat “Yunus” hingga akhir surat “an-nahl”.
-Hari keempat: Dari surat “al-isra” hingga akhir surat “al-furqan”.
-Hari kelima: Dari surat “asy-syu’ara” hingga akhir surat “Yasin”.
-Hari keenam: Dari surat “ash-shaffat” hingga akhir surat “al-hujurat”.
-Hari ketujuh: Dari surat “qaaf” hingga akhir surat “an-nas”.
Para ulama menyingkat bacaan Al-Qur`an Nabi -shallallahu alaihi wasallam- ini menjadi kata: ”فَمِي بِشَوْقٍ“. Setiap huruf yang tersebut menjadi simbol dari awal surat yang dibaca oleh Nabi -shallallahu alaihi wasallam- pada setiap harinya. Maka:
- Huruf “fa`” adalah simbol dari surat “al-fatihah”. Maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari pertama dimulai dari surah al-fatihah.
- Huruf “mim” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kedua dimulai dari surah al-maidah.
- Huruf “ya`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketiga dimulai dari surah Yunus.
- Huruf ”ba`” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keempat dimulai dari surah Bani Israil yang juga dinamakan surah al-isra`.
- Huruf “syin” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari kelima dimulai dari surah asy-syu’ara`.
- Huruf “waw” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari keenam dimulai dari surah wash shaffat.
- Huruf “qaaf” maksudnya bacaan Al-Qur`an beliau di hari ketujuh dimulai dari surah qaf hingga akhir muashaf yaitu surah an-nas.
Adapun pembagian hizib yang ada pada Al-Qur an sekarang, maka itu tidak lain adalah buatan Hajjaj bin Yusuf.
BAGAIMANA CARA MEMBEDAKAN ANTARA BACAAN YANG MUTASYABIH (AYAT YANG MIRIP) DALAM AL-QUR’AN?
Cara terbaik untuk membedakan antara dua ayat yang kelihatannya menurut kamu hampir sama(mutasyabih), adalah dengan cara membuka mushaf dan carilah kedua ayat tersebut. Lalu carilah perbedaan antara kedua ayat tersebut, cermatilah perbedaan tersebut, kemudian buatlah tanda/catatan (di dalam hatimu) yang bisa kamu jadikan sebagai tanda untuk membedakan antara keduanya. Kemudian, ketika kamu melakukan murajaah hafalan, maka perhatikanlah perbedaan tersebut secara berulang-ulang sampai kamu mutqin dalam mengingat perbedaan antara keduanya.
BEBERAPA KAIDAH DAN KETENTUAN DALAM MENGHAFAL AL-QUR`AN:
1- Kamu harus menghafal melalui bantuan seorang guru yang bisa membenarkan bacaanmu jika salah.

2- Hafalkanlah 2 halaman setiap hari: 1 halaman setelah subuh dan 1 halaman setelah ashar atau maghrib. Dengan metode seperti ini (insya Allah) kamu akan bisa menghafal Al-Qur`an secara mutqin dalam kurun waktu satu tahun. Tetapi jika kamu memperbanyak kapasitas hafalan setiap harinya maka kemampuan menghafalmu akan melemah.

3- Menghafallah mulai dari surat an-nas hingga surat al-baqarah karena hal itu lebih mudah. Tapi setelah kamu menghafal Al-Qur`an maka urutan meraja’ahmu dimulai dari Al-Baqarah sampai An-Nas.

4- Dalam menghafal hendaknya menggunakan satu mushaf saja (baik dalam cetakan maupun bentuknya), karena hal itu sangat membantu dalam menguatkan hafalan dan agar lebih cepat mengingat letak-letak ayatnya, ayat apa yang ada di akhir halaman ini dan ayat apa yang ada di awal halaman sebelahnya.

5- Setiap orang yang menghafal Al-Qur’an pada 2 tahun pertama biasanya apa yang telah dia hafal masih mudah hilang, dan masa ini disebut fase at-tajmi’ (pengumpulan hafalan). Karenanya janganlah kamu bersedih karena ada sebagian hafalanmu yang kamu lupa atau kamu banyak keliru dalam hafalan. Ini adalah fase yang sulit sebagai ujian bagimu, dan ini adalah fase rentan yang bisa menjadi pintu masuknya setan untuk menghentikan kamu dari menghafal Al-Qur`an. Tolaklah was-was tersebut dari dalam hatimu dan teruslah menghafal, karena dia (menghafal Al-Qur`an) merupakan perbendaharaan harta yang tidak diberikan kepada sembarang orang.
[Oleh: Asy-Syaikh Dr. Abdul Muhsin Muhammad Al-Qasim, imam dan khathib di Masjid Nabawi]
Sumber: al-atsariyyah.com